Followers

Sunday, February 13, 2011

Jom kluar dating

Tet tet.. tet tet... (bunyi msg henpon aku masih old skol)
"Jom kluar dating esok.. nak tak??"
mesej dari suamiku...
dengan pantas aku reply...
"Nak, nak... dah lame tak kluar dating"..
mane tak nye, sabtu ahad pun pulun kerja..
ye ye, esok nak pi dating...

sila jangan jeles k... hehe..

Saturday, February 12, 2011

Nasi Lembik

Anda suka makan nasi lembik ke nasi keras??
Haha.. mestila nasi yang tak lembik dan tak keras..
yang sedap2 gitu..
 gambar sekadar hiasan

Bagaimana kalau mak, kakak atau isteri korang masak nasi lembik macam tu??
Rasanya korang makan ke x??
Kalau lapar sangat, makan la..
Tapi, kalau tak nak makan, tolong la jangan kutuk orang yang masak tu..
tegur elok-elok kan boleh...

contoh situasi apabila seorang isteri masak nasi lembik:
Isteri: Abang, tolong sendukkan nasi ye, ayang nak hidang lauk..
Suami: Ok (dengan pantas mengambil 2 pinggan dan berjalan menuju ke periuk nasi)
Apabila si suami membuka tutup periuk nasi dan menggaul nasi, didapati nasi yang dimasak oleh isterinya lembik macam bubur..
Suami: Macamane awak masak nasi ni??
Isteri: Kenapa??
Suami: Lembik la.. tengok ni.. (kata si suami sambil menonyoh2 nasi yang lembik tadi)
Isteri: Alamak, maaf bang, terlebih letak air..
Suami: Awak ni pandai masak nasi ke tak sebenarnya??
Isteri: Bukan selalu terlebih air, sekali ni je.. sebelum2 ni ok je.. cuma harini nak masak lebih sebab esok nak buat nasi goreng..
Suami: Ke awak malas nak masak nasi??
 Kalau malas, lain kali tak payah masak..
si isteri tertunduk sambil menyuap nasi yang lembik tadi ke mulut.. disebabkan lapar, telan jugaklah nasi lembik tu.. tapi, selera makannya mula berkurang.. terasa sungguh dengan perkataan si suami..
selepas itu, suami isteri tadi langsung tidak bertegur sapa..

tidak perlulah berdiam diri hanya disebabkan perkara kecil itu sahaja..
si suami dan lelaki perlu menjaga hati orang yang menyediakan makanan korang oke..
kalau x, lepas ni korg makan kat luar je la jwbnye..

Kenapa Lelaki Suka Tengok Video Porn?

Astaghfirullahalzim..

Straight to the point..
Aku perempuan, kau lelaki..
kenapa lelaki suka tengok bahan-bahan lucah??
tak kira lah aksi ke, gambar ke??
beringatlah wahai kaum lelaki..
Allah melihat segala apa yang kamu lakukan..

Video dan gambar-gambar lucah mudah disimpan dalam handphone dan lappy..
Kebanyakannya dalam handphone lelaki..
Lagi pula sekarang ni video dan gambar2 mcm tu senang sangat nak dapat..
google je, semua ada..

Astaghfirullahalazim..

Bagi mereka yang sudah berkahwin,
tak perlulah rasanya untuk melihat video2 macam tu..
peliharalah isteri, anak-anakmu serta rumahtanggamu..
Sebagai seorang wanita, malu dan hina rasenye bila melihat lelaki melihat benda2 sedemikian..
Sebagai seorang isteri, dia akan rasa sedih apabila mengetahui suaminya berbuat demikian..
Wahai suami dan lelaki, kembalilah ke jalan yang benar..
Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian..
Aminn

Assalamualaikum..

Madah Bicara:
Blog ini dihasilkan hanya untuk coretan hati seorang 
perempuan, isteri, anak, pekerja dan Hamba Allah...

Segala coretan hanyalah dari hati..
Tidak ditujukan buat sesiapa..
Hanya dari hati..