Followers

Saturday, February 12, 2011

Nasi Lembik

Anda suka makan nasi lembik ke nasi keras??
Haha.. mestila nasi yang tak lembik dan tak keras..
yang sedap2 gitu..
 gambar sekadar hiasan

Bagaimana kalau mak, kakak atau isteri korang masak nasi lembik macam tu??
Rasanya korang makan ke x??
Kalau lapar sangat, makan la..
Tapi, kalau tak nak makan, tolong la jangan kutuk orang yang masak tu..
tegur elok-elok kan boleh...

contoh situasi apabila seorang isteri masak nasi lembik:
Isteri: Abang, tolong sendukkan nasi ye, ayang nak hidang lauk..
Suami: Ok (dengan pantas mengambil 2 pinggan dan berjalan menuju ke periuk nasi)
Apabila si suami membuka tutup periuk nasi dan menggaul nasi, didapati nasi yang dimasak oleh isterinya lembik macam bubur..
Suami: Macamane awak masak nasi ni??
Isteri: Kenapa??
Suami: Lembik la.. tengok ni.. (kata si suami sambil menonyoh2 nasi yang lembik tadi)
Isteri: Alamak, maaf bang, terlebih letak air..
Suami: Awak ni pandai masak nasi ke tak sebenarnya??
Isteri: Bukan selalu terlebih air, sekali ni je.. sebelum2 ni ok je.. cuma harini nak masak lebih sebab esok nak buat nasi goreng..
Suami: Ke awak malas nak masak nasi??
 Kalau malas, lain kali tak payah masak..
si isteri tertunduk sambil menyuap nasi yang lembik tadi ke mulut.. disebabkan lapar, telan jugaklah nasi lembik tu.. tapi, selera makannya mula berkurang.. terasa sungguh dengan perkataan si suami..
selepas itu, suami isteri tadi langsung tidak bertegur sapa..

tidak perlulah berdiam diri hanya disebabkan perkara kecil itu sahaja..
si suami dan lelaki perlu menjaga hati orang yang menyediakan makanan korang oke..
kalau x, lepas ni korg makan kat luar je la jwbnye..

No comments:

Post a Comment